Tujuan dan Latar Belakang
Garis Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Versi 1/2016 merupakan bahan rujukan bagi pempiawaian tindakan untuk mengekalkan kebersihan, kekemasan dan keselamatan hospital. Garis panduan ini penting bagi menyelaraskan semula serta membuat penambahbaikan terhadap aktiviti amalan EKSA yang sedia ada di kalangan warga Hospital Tapah agar persekitaran kerja yang kondusif dapat dikekalkan. Umumnya, pelaksanaan EKSA masih tertakluk kepada kesesuaian peringkat zon sesuatu jabatan / unit di hospital ini.
EKSA telah mula diamalkan di Hospital Tapah secara rasmi
pada 2016. Budaya persekitaran kerja yang berkualiti, sistematik dan praktikal,
dapat dijadikan sebagai satu amalan. Kos operasi dapat dijimatkan apabila
pembaziran masa dan ruang dikurangkan.
Antara faktor yang berpotensi menyumbang ke arah pemantapan budaya
EKSA Hospital Tapah adalah:
i.
Sokongan dan komitmen yang diberikan oleh pihak
pengurusan hospital
ii.
Struktur pengurusan EKSA yang cekap dan berkesan
iii.
Pendidikan dan latihan kepada warga hospital
iv.
Komunikasi yang berkesan di kalangan warga hospital
v.
Pelan pelaksanaan yang mantap
vi.
Perkongsian amalan baik EKSA
Comments
Post a Comment